Warden Aspuri SMA Pulau Tawar
Tuesday, 3 December 2013
Kejadian Bidadari Syurga
Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.
Bermula dari jari-jari kakinya hingga ke lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran.
Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.
Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.
Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.
Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan.
Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, "
Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka".
Ibnu Masud Meriwayatkan:
Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.
Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.
Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga ” حور مقصورات فى الخيام “
Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:
# 70 Helai pakaian
# 70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .
# Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.
Monday, 25 November 2013
Motivasi diri
Hari ini anda makan dan minum sesuka hati didunia, tetapi suatu hari nanti anda akan dimakan oleh ulat, ular dan binatang dalam kubur setelah meninggal dunia.
Hari ini anda sayang kepada anak, isteri dan Ibu bapa dan keluarga setiap saat, tetapi suatu hari nanti anda akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
Hari ini anda mampu memakai pakaian yang cantik dan mahal harganya, tetapi suatu hari nanti anda hanya mampu memakai sehelai kain putih saja
Tuesday, 19 November 2013
Renungan di pagi hari
- Sesungguhnya
mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka
merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga
datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam),
sedang mereka tidak suka kepadanya.
(Surah At-Taubah ayat 48)
Monday, 18 November 2013
Peraturan Asrama 2014
Peraturan Asrama 2014
Peraturan-peraturan asrama adalah untuk mencapai matlamat asrama cemerlang di samping menjamin suasana yang aman dan teratur di asrama. Oleh itu semua penghuni adalah tertakluk kepada peraturan asrama dan kerjasama anda adalah diminta untuk mengikuti peraturan-peratuan tersebut iaitu seperti berikut:-
A. PELAJARAN
Kemajuan pelajaran penghuni asrama akan diawasi oleh pihak sekolah/waden-waden.
Masa sekolah
1. Penghuni-penghuni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh phak pentadbir sekolah.
2. Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama ataupun balik pada masa sekolah. Jika ada perkara yang mustahak kebenaran hendaklah diperolehidaripada waden-waden yang bertugas sebelum balik ke asrama.
3. Penghuni-penghuni dikehendaki mengosongkan asrama sebelum 6.30 pagi.
4. Penghuni yang sakit semasa di asrama hendaklah melapor diri kepada waden yang bertugas/matron dan tinggal di bilik sakit di asrama/dirujuk ke klinik.
5. Penghuni yang jatuh sakit semasa kelas tidak dibenar berehat di bilik sakit asrama tapi di bilik sakit di blok pentadbiran sekolah.
Selepas sekolah
1. Setiap penghuni asrama boleh membuat kerja-kerja rumah di bilik rehat asrama.
2. Semua penghuni asrama dikehendaki pergi ke kelas masing-masing untuk sesi belajar malam. Masa belajar malam: selepas isyak hingga 10.00 malam (kecuali malam Ahad)
B. TATATERTIB
FASAL 1 (TATATERTIB)
1. Akhlak
1.1 Semua penghuni asrama mestilah sentiasa berkelakuan baik samada di dalam / di luar asrama.
1.2 Penghuni-penghuni tidak dibenarkan sama sekali berkelakuan tidak senonoh / baik seperti mencuri, merokok, bergaduh, mengguna sebarang jenis dadah atau merosakkan harta-benda asrama.
1.3 Pelajar-pelajar juga tidak dibenarkan menjerit-jerit di asrama.
2. Disiplin
2.1 Badan disiplin yang terdiri daripada Pengetua, PK HEM, warden-warden dan pengawas-pengawas asrama berkuasa menjalankan disiplin di asrama.
2.2 Penghuni yang didapati melanggar peraturan asrama akan diambil tindakan yang sewajarnya.
3. Didikan Agama
3.1 Tiap-tiap penghuni asrama mesti mempunyai keperluan bagi amalan ibadat.
3.2 Penghuni-penghuni asrama diwajibkan menunaikan sembahyang 5 waktu secara berjemaah di masjid sekolah.
3.3 Penghuni lelaki diwajibkan bersembahyang Jumaat di masjid sekolah.
3.4 Semasa penghuni lelaki menunaikan sembahyang jumaat, penghuni perempuan diwajibkan menyertai program keagamaan yang dijalankan oleh pihak sekolah.
3.5 Bagi penghuni perempuan yang uzur dikehendaki berada di dewan makan sekolah semasa Maghrib dan Isyak.
4. Pakaian
4.1 Penghuni hendaklah sentiasa berpakaian menutup aurat, bersih dan kemas..
4.2 Pakaian seragam sekolah hendaklah digunakan pada waktu sekolah, waktu sarapan pagi dan tengahari serta ketika mengikuti aktiviti / program yang dianjurkan oleh pihak luar.
4.3 Penghuni lelaki tidak dibenarkan mengeluarkan baju sekolah dari seluar sebelum
sampai ke dalam bilik asrama.
4.4 Semasa di asrama, penghuni hendaklah memakai pakaian yang sesuai, bersih dan menutup aurat.
4.5 Pakaian yang tidak dibenarkan ialah:-
4.5.1 Seluar jean atau ala jeans.
4.5.2 Seluar pendek.
4.5.3 Seluar yang terlalu labuh atau saiznya terlalu besar atau ketat.
4.5.4 Baju yang mempunyai gambar atau tulisan yang tidak menggambarkan identiti seorang muslim.
4.5.5 Segala jenis pakaian yang tidak menutup aurat dan juga menyerlahkan bentuk badan yang tidak sesuai dengan imej seorang muslimah seperti skirt, baju-T sendat dan lain-lain.
4.6 Pakaian yang sesuai hendaklah digunakan semasa beriadah:
4.6.1 Lelaki : seluar panjang / track bottom dan berbaju-T yang sesuai.
4.6.2 Perempuan : seluar panjang / track bottom dan berbaju-T labuh berlengan panjang serta bertudung labuh.
4.7 Pakaian rasmi kedua hendaklah dipakai semasa balik bermalam dan ketika balik semula ke asrama serta dalam mana-mana aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.
FASAL 2 (AKADEMIK)
1. Masa Sekolah
1.1 Kemajuan akademik penghuni asrama akan diawasi oleh pihak sekolah serta warden-warden.
1.2 Penghuni-penghuni hendaklah mematuhi jadual waktu yang ditetapkan oleh phak pentadbir sekolah.
1.3 Tidak seorang pun dibenarkan tinggal di asrama ataupun balik pada masa sekolah. Jika ada perkara yang mustahak kebenaran hendaklah diperolehi daripada warden-warden yang bertugas / PK HEM / Pengetua sebelum balik ke asrama.
1.4 Penghuni-penghuni dikehendaki mengosongkan asrama sebelum 6.40 pagi.
1.5 Penghuni yang sakit semasa di asrama hendaklah melapor diri kepada waden yang bertugas / matron dan tinggal di bilik sakit di asrama / dirujuk ke klinik.
1.6 Penghuni yang jatuh sakit semasa kelas tidak dibenar berehat di bilik sakit asrama tapi di bilik sakit di blok pentadbiran sekolah.
2. Selepas Sekolah
2.1 Setiap penghuni asrama boleh membuat kerja-kerja rumah di bilik rehat asrama.
2.2 Semua penghuni asrama dikehendaki pergi ke Dewan Makan Sekolah untuk sesi belajar malam.
2.3 Masa belajar malam: selepas isyak hingga 10.00 malam (kecuali malam Ahad)
FASAL 3 (KEBERSIHAN DAN KESIHATAN)
1. Kebersihan Dan Kesihatan Diri
1.1 Kebersihan dan kesihatan diri pelajar hendaklah diutamakan.
1.2 Pemeriksaan kebersihan diri penghuni akan dijalankan pada bila-bila masa seperti kuku panjang dan sebagainya.
1.3 Sebarang penyakit/kemalangan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pihak warden atau matron.
2. Kebersihan Bilik Asrama
2.1 Bilik asrama / kawasan sekeliling mestilah sentiasa bersih dan teratur.
2.2 Pemeriksaan akan dijalankan oleh warden yang bertugas setiap hari.
2.3 Makanan dari dapur atau sebarang makanan yang mudah rosak dilarang makan di asrama.
2.4 Pakaian dan alatan harian seperti tuala, sarong bantal, selimut dan cadar hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
2.5 Pakaian dan barang-barang yang basah dan kotor tidak boleh disimpan dalam asrama.
2.6 Penghuni asrama ditegah menyidai segala macam pakaian di cermin-cermin tingkap asrama ataupun di Verandah. Tindakan yang tegas akan diambil ke atas penghuni yang melanggar peraturan ini.
2.7 Semua pakaian dan juga buku-buku hendaklah disimpan di dalam loker penghuni masing-masing.
2.8 Semua penghuni hendaklah menggunakan cadar dan sarong bantal dengan warna yang telah ditetapkan.
2.9 Penghuni dilarang menconteng, menampal sebarang tulisan, gambar pada bantal, tilam, loker, katil dan dinding-dinding asrama / tandas / bilik air.
2.10 Bilik hendaklah disapu pada waktu pagi dan petang.
2.11 Tong-tong sampah hendaklah dikosongkan setiap pagi.
2.12 Sebarang alas kaki tidak dibenarkan dibawa ke dalam asrama.
3. Kebersihan Bilik Rehat dan Bilik Sakit
3.1 Kebersihan kedua-dua bilik ini hendaklah dijaga pada setiap masa.
4. Kebersihan Dewan Makan
4.1 Penghuni-penghuni hendaklah menjaga kebersihan dewan makan pada tahap yang tinggi.
4.2 Setiap penghuni mestilah mempunyai pinggan (tray), sudu dan gelas sendiri.
4.3 Kerja pembersihan luar dan dalam dewan makan hendaklah dijalankan selepas minum pagi, makan tengahari dan makan petang oleh penghuni-penghuni yang telah ditetapkan.
4.4 Penghuni dilarang membuang sisa makanan merata-rata seperti atas meja, lantai dan sebagainya. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong-tong sampah yang disediakan.
4.5 Semua kerja pembersihan selepas makan petang hendaklah siap sebelum 7.30 mlm.
4.6 Waktu makan:- 4.6.1 Minum pagi : 5:50-6:25pg ( Isnin-Jumaat
6:52-7:10pg ( Sabtu-Ahad )
4.6.2 Makan Tengahari : 2:30ptg -Selepas solat zuhur- ( Isnin-Jumaat )
12:30-1:00ptg ( Sabtu-Ahad )
4.6.3 Makan Petang : 5:30-6:15ptg
** Makan tengahari bagi penghuni perempuan pada hari Jumaat diseragamkan dengan penghuni lelaki.
4.7 Antara adab-adab di Dewan Makan :
- Berpakaian kemas. Penghuni lelaki dilarang menggunakan kain pelekat semasa makan.
- Duduk dengan tertib dan berasingan daripada penghuniperempuan di meja yang telah ditetapkan.
- Berbaris dengan senyap mengikut barisan yang telah ditetapkan.
- Ambil makanan yang secukupnya untuk mengelakkan pembaziran.
- Bersihkan meja sendiri selepas makan. Elakkan membuang sisa-sisa makanan di atas meja dan lantai.
- Penghuni ditegah dengan keras masuk ke dalam bilik dapur pada bila - bila masa.
- Makanan tidak akan disajikan selepas masa yang telah ditetapkan.
- Dilarang keras membawa makanan dan minuman ke asrama.
5. Kebersihan Bilik Air Dan Tandas
5.1 Penghuni tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki.
5.2 Bekas bungkusan sabun, ubat gigi dan shampoo hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
5.3 Pakaian yang telah dicuci hendaklah dijemur di tempat jemuran.
5.4 Bilik tandas hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
5.5 Penghuni perempuan dilarang membuang tuala-tuala wanita ke dalam mangkok tandas. Sila buang ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
5.6 Kerja-kerja pembersihan bilik air dan tandas hendaklah dijalankan setiap hari oleh
penghuni yang telah ditetapkan.
6. Kebersihan Dan Keindahan Kawasan Asrama
6.1 Jangan sepahkan sampah dalam kawasan asrama. Sila buangkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
6.2 Semua penghuni asrama bertanggungjawab untuk memperindahkan kawasan
asrama masing-masing seperti menanam pokok-pokok bunga.
FASAL 4 (KEGIATAN LUAR)
1. Aktiviti Riadah
1.1 Semua penghuni diwajibkan mengambil bahagian dalam kegiatan sekolah atau asrama.
1.2 Semua alatan riadah hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik.
1.3 Waktu riadah:
: selepas asar - 4.30 ptg-5:30 ptg (Isnin – Ahad)
: selepas kerja kumpulan - 10.00 pg (Sabtu & Ahad)
FASAL 5 (KESELAMATAN)
1. Keselamatan
1.1 Penghuni bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang mereka sendiri.
1.2 Barang-barang kemas dan berharga dilarang digua di asrama.
1.3 Alat-alat yang merbahaya seperti pisau dilarang disimpan di asrama.
1.4 Semua jenis peralatan elektrik seperti heater dsb dilarang diguna di asrama.
1.5 Penghuni juga dilarang menggunakan sebarang jenis radio di asrama.
1.6 Penghuni tidak sekali-kali dibenar membuat penyambungan elektrik atau menggunakan lilin dan pelia di asrama. Sila laporkan dengan segera sekiranya ada kerosakan elektrik di asrama.
4.7 Penghuni mestilah mengetahui peraturan keselamatan kebakaran (Firedrill).
FASAL 6 (PENGGUNAAN ELEKTRIK & AIR)
1. Penggunaan Elektrik & Air
1.1 Lampu akan dipadam pada 11.00 malam.
1.2 Jangan pasangkan api atau kipas angin dan juga pili air semasa ketiadaan penghuni. Mana-mana penghuni yang melanggar peraturan ini akan diambil tindakan yang sewajarnya.
FASAL 7 (KE BANDAR DAN BALIK BERMALAM)
1. Keluar Ke Bandar Dan Balik Bermalam
1.1 Penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran waden bertugas.
1.2 Penghuni dibenarkan ke Bandar pada hujung minggu mengikut giliran masing-masing.
1.3 Sebelum keluar, buku biru hendaklah ditandatangani oleh waden yang bertugas.
1.4 Penghuni dibenarkan balik bermalam sekali sebulan mengikut jadual yang
disediakan, kecuali pada masa-masa kecemasan seperti keluarga terdekat sakit tenat/meninggal ataupun penghuni sendiri yang sakit yang memerlukan jagaan keluarga masing-masing.
1.5 Waktu keluar pada hujung minggu. Setiap penghuni hanya dibenarkan keluar pada satu sesi sahaja.
: Sabtu - 9.00 Pagi – 5.00 Petang
FASAL 8 (PELAWAT)
1. Pelawat
1.1 Penghuni dilarang membawa pelawat ke asrama. Ibubapa atau pelawat lain hanya dibenar berjumpa di kantin
1.2 Pelawat-pelawat tidak dibenarkan membawa kenderaan mereka ke dalam kawasan asrama. Kenderaan-kenderaan pelawat hendaklah diletakkan di tempat letak kereta yang telah disediakan.
FASAL 9 (KAWASAN LARANGAN)
1. Kawasan Larangan
Semua penghuni asrama ditegah memasuki kawasan larangan seperti :
1.1 Asrama Puteri bagi penghuni lelaki
1.2 Asrama Putera bagi penghuni perempuan
1.3 Dapur
1.4 Blok-blok pentadbian dan bilik-bilik kelas pada masa tertentu.
1.5 Kawasan rumah pengetua, flat guru dan berek pekerja.
1.6 Seluruh kawasan sekolah lama.
FASAL 10 (PERATURAN AM)
1. Am :
1.1 Waktu kerja harian : 7.16-8.16 (Sabtu dan Ahad)
1.2 Waktu penggunaan telefon : Selepas Asar – 5.30 ptg (Isnin–Jumaat)
** Penghuni-penghuni asrama adalah tertakluk kepada Peraturan Sekolah.
Cara - Cara membuat blog
Wahai Kawan - kawan semua..mari kita membuat blog bersama - sama....
Sila buka link ini untuk lebih terperinci
Sila buka link ini untuk lebih terperinci
Subscribe to:
Posts (Atom)